Friday, March 2, 2018

JAM CITY MEMBUKA PRAPENDAFTARAN GOOGLE PLAY DAN MENGELUARKAN TRELER PERMAINAN VIDEO BAHARU BAGI PERMAINAN MUDAH ALIH HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY

Siapa:  
Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment.
       
Apa:
Prapendaftaran Google untuk Harry Potter: Hogwarts Mystery  kini dibuka. Peminat boleh mendaftar terlebih dahulu di Google Play untuk menjadi orang yang pertama dimaklumkan apabila permainan itu dilancarkan. Jam City juga melancarkan treler rasmi kedua Harry Potter: Hogwarts Mystery. Harry Potter: Hogwarts Mystery dilesenkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment, yang dibangunkan oleh Jam City dan akan dikeluarkan pada musim bunga ini untuk peranti mudah alih di bawah Portkey Games™, label baharu untuk pengalaman permainan yang diilhamkan oleh kuasa ajaib dan pengembaraan oleh Wizarding World™. Judul itu akan boleh diperolehi di App Store dan Google Play.
       
Di mana:    
Los Angeles, California
       
Petikan:
"Kami sangat berterima kasih kepada peminat yang telah membuat Harry Potter: Hogwarts Mystery sebagai satu daripada permainan mudah alih yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2018," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City. "Kami sangat teruja untuk membuka prapendaftaran Google dan berkongsi satu pandangan baharu mengenai bagaimana permainan ini akan membolehkan peminat-peminat untuk mencipta watak mereka sendiri dan memasuki Hogwarts sebagai pelajar buat kali pertamanya."
       
Aset:
Untuk memuat turun aset sokongan bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery, sila layari: https://app.box.com/v/HPHogwartsMystery-PreRegister
     

Untuk melihat treler rasmi baharu melalui YouTube, sila layari: https://youtu.be/xAulFHyjFAI


Latar belakang: Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih yang pertama di mana pemain-pemain dapat mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Di dalam pengembaraan naratif dengan elemen-elemen RPG, pemain-pemain akan membuat avatar pelajar yang khusus, menghadiri kelas, belajar kemahiran sihir, dan menjalin persahabatan atau persaingan dengan pelajar lain. Dalam permainan itu, pemain-pemain membuat keputusan penting yang mempengaruhi lengkok cerita bagi watak mereka di Hogwarts. Permainan itu mempunyai satu sistem pertemuan baharu di mana keputusan dan tindakan pemain mempengaruhi pencarian mereka, membolehkan peminat-peminat Harry Potter untuk membuat legasi mereka sendiri sebagai seorang ahli sihir wanita atau ahli sihir lelaki.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Harry Potter: Hogwarts Mysterydan untuk berhubung dengan peminat lain, sila layari www.facebook.com/HPHogwartsMystery/www.twitter.com/HogwartsMystery, dan bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.

Maklumat mengenai Jam City:

Jam City adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan mudah alih, dengan menyediakan pengalaman permainan sosial untuk berjuta-juta orang pemain di seluruh dunia. Jam City ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pengasas bersama MySpace Chris DeWolfe dan Aber Whitcomb, dan bekas eksekutif 20th Century Fox Josh Yguado. Jam City adalah sebuah kuasa besar kreatif di sebalik beberapa francais permainan sosial yang paling tinggi mencatatkan keuntungan dan lama bertahan bagi mudah alih, termasuk Cookie Jam (pemenang "Permainan Terbaik Tahunan" Facebook) dan Panda Pop. Jam City adalah studio untuk ke Hollywood, setelah membangunkan permainan mudah alih yang kaya dengan naratif dan mendalam di sekitar jenama-jenama hiburan ikonik termasuk Harry Potter, Family Guy, Marvel Avengers dan Futurama. Jam City mempunyai 500 orang pekerja di seluruh studio di Los Angeles (Ibu Pejabat), San Francisco, San Diego, Seattle dan Buenos Aires. Pasukan Jam City terkenal dengan kecemerlangan kreatif dan inovasi teknologi mereka di dalam bidang-bidang utama termasuk bercerita, sains data dan kecerdasan audiens.

Maklumat mengenai Warner Bros. Interactive Entertainment:

Warner Bros. Interactive Entertainment, sebuah bahagian dari Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pelesen dan pengedar utama di seluruh dunia bagi kandungan hiburan bagi ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk permainan konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan komputer bagi kedua-dua tajuk permainan dalaman dan pihak ketiga.

Maklumat mengenai Portkey Games:

Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang didedikasikan untuk mewujudkan pengalaman permainan yang diilhamkan oleh kuasa ajaib dan pengembaraan J.K. Rowling Wizarding World. Permainan baharu ini membolehkan pemain-pemain untuk menerokai, menemui dan berada di tengah-tengah pengembaraan dunia sihir mereka sendiri.

Maklumat mengenai Siri Harry Potter:

Harry Potter terus menjadi sebuah fenomena global. Setiap satu daripada tujuh naskhah buku oleh pengarang J.K. Rowling telah mencatatkan rekod jualan, dengan siri itu sehingga kini telah menjual lebih 500 juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam 80 bahasa. Filem-filem Harry Potter, yang dihasilkan oleh Warner Bros. Pictures, telah meraih lebih daripada $7.7 bilion sehingga kini di pawagam-pawagam di seluruh dunia, sekali gus menjadikan Harry Potter sebagai satu daripada francais filem yang terbesar dalam sejarah.

HARRY POTTER: perisian HOGWARTS MYSTERY © 2018 Jam City, Inc. Dibangunkan oleh Jam City. Jam City® dan Logo Jam City didaftarkan dan/ atau tanda dagangan yang tidak berdaftar bagi Jam City, Inc. PORTKEY GAMES © 2018 Warner Bros. Entertainment Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara. HARRY POTTER dan FANTASTIC BEASTS Publishing Rights © J.K. Rowling. J.K. ROWLING WIZARDING WORLD adalah satu tanda dagangan milik J.K. Rowling dan Warner Bros. Entertainment Inc. Watak-watak, nama dan tanda-tanda yang berkaitan dalam PORTKEY GAMES, HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY, HARRY POTTER dan FANTASTIC BEASTS adalah merupakan tanda dagangan bagi dan © Warner Bros. Entertainment Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.

WB GAMES LOGO, WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s18)

Hubungi
Jam City
Sarah Ross
310-924-1404
sarahr@jamcity.com
atau
Kenny Johnston
602-999-1890
kjohnston@jamcity.com
atau
ONE PR Studio (untuk Jam City di Amerika Syarikat)
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
510-893-3271
jamcity@oneprstudio.com
 
Sumber: Jam City

TMD SECURITY MENUBUHKAN TMS ATM SOFTWARE, PEMBEKAL GLOBAL BAGI PENYELESAIAN PENGURUSAN ATM

Perkakasan keselamatan yang digabungkan dengan perisian ATM menghasilkan penjimatan kos di dalam keselamatan dan kecekapan operasi bagi peringkat seterusnya

SINGAPURA, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TMD Security hari ini mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan TMS ATM Software dengan kerjasama S3 Technologies Ltd., sebuah syarikat perisian pengurusan ATM yang berasaskan APAC dengan rekod prestasi selama 10 tahun yang termasuk pengurusan ATM pelbagai vendor dan penyelesaian perisian pemantauan bagi semua jenama ATM yang utama, mesin deposit tunai dan mesin kitar semula. TMS ATM Software menempatkan ibu pejabat mereka di Belanda, bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di APAC dan jualan dan sokongan di seluruh dunia.

“Industri ATM itu memerlukan satu cara penjimatan kos yang lebih efektif untuk melindungi sepenuhnya saluran ATM,” kata Cees Heuker dari Hoek, Pengasas, TMD Security dan Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TMS ATM Software. “Perisian kini merupakan denyut jantung bagi kesemua yang kita lakukan. Perkakasan semata-mata tidak lagi mencukupi. Ia memerlukan gabungan perkakasan dan perisian yang terbaik untuk mencipta penyelesaian keselamatan yang membantu pengatur kedudukan ATM menjimatkan kos ATM mereka dengan berkesan. Kelayakan TMD Security kami bersama-sama dengan kepakaran TMS ATM Software kami yang terbukti bermakna bahawa pelanggan dan rakan-rakan kami akan mendapat yang terbaik dari kedua-dua perkara itu. Kami berada dalam satu kedudukan yang unik untuk membawa ATM Security ke peringkat seterusnya. Industri itu juga memerlukan satu pendekatan yang lebih efektif dan menjimatkan kos bagi pengurusan ATM – dan kini kami menggunakannya dengan TMS ATM Software. Dengan penetapan harga perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang fleksibel pelanggan boleh semakin yakin bahawa mereka hanya membayar apa yang mereka perlukan.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10894

KENYATAAN DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HERBALIFE RICH GOUDIS

KENYATAAN DARI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HERBALIFE RICH GOUDIS

​PERTUNJUKAN TANGLUNG MENERANGI EAST LAKE DI WUHAN


WUHAN, China, 1 Mac (Bernama-AsiaNet) -- Pertunjukan tanglung yang sudah lama ditunggu-tunggu dibuka di Taman East Lake di Wuhan di tengah-tengah China pada 23 Feb. Lebih 38,000 orang pelawat menghabiskan suatu malam yang mengagumkan pada hari pertama pada hari pembukaan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan.

Untuk Video dan Imej Beresolusi Tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua/lantern-show-lights-east-lake-wuhan-1

Pada pukul 6 petang, ramai orang telah berkumpul di dataran taman itu. Sebuah dron matriks membuat persembahan di udara, yang berakhir dengan persembahan bunga api yang telah menerangi langit.

Sebuah tanglung naga yang berukuran hampir 200 meter menarik perhatian semua orang. Satu ratus pelancong juga dijemput untuk menari bersama-sama "naga" yang bergerak itu.

Pada pukul 6:18 petang, naga besar dan sebanyak 51 lagi tanglung besar yang berwarna-warni dinyalakan secara serentak, sekali gus menjadikan seluruh taman itu menjadi sebuah alam ajaib.

Merayau-rayau di sekitar taman itu, seseorang dapat menghargai tanglung-tanglung itu yang disusun di kawasan yang berbeza mengikut enam tema, dan mempunyai cita rasa budaya China tradisional.

Di pintu gerbang itu, tanglung-tanglung istana yang berputar, besar dan kecil, mengutus restu sempena tahun baru. Berhampiran Menara Long Days, sebuah bangunan utama di taman itu, sebuah tanglung berukuran 22.5 meter tinggi telah didirikan ke dalam awan - singa di keempat-empat sisi, yang beratnya berjumlah 15 tan, dilihat dengan penuh keangkuhan dan dijangka mencatatkan rekod dunia Guinness untuk tanglung perayaan yang paling tinggi di planet ini.

Tanglung yang lebih kecil yang memaparkan tokoh-tokoh Opera Peking dan pasu-pasu antik juga telah menarik perhatian orang ramai. Satu dozen tanglung cantik yang berbentuk anjing telah muncul di setiap sudut taman itu, sekali gus membawa ucapan selamat kepada kanak-kanak sempena Tahun Baru Cina Tahun Anjing.

Dalam satu bahagian yang direka untuk mempromosikan puisi dan budaya tempatan tradisional China, puisi dan watak-watak Cina dilukis dengan bijak pada setiap tanglung. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang datang bersama ibu bapanya telah membaca sebuah puisi klasik oleh Li Bai, seorang penyair berbakat dari Dinasti Tang. Di samping itu, peninggalan budaya tempatan dan warisan budaya tidak ketara juga dipaparkan oleh tanglung-tanglung itu.

Teknologi juga memainkan satu peranan penting di dalam pertunjukan tanglung pada tahun ini. Pertunjukan laser tetirai air dan penayangan tiga dimensi telah memperkayakan pengalaman untuk penonton. Panduan jelajah robot telah menjawab soalan-soalan dengan sabar dan baik, yang telah dengan serta merta menawan hati ramai peminat.

Di taman itu, sebuah karnival makanan Taiwan telah menghangatkan lagi suasana. Lebih 50 penjual dari Taiwan telah membawa sejumlah 110 makanan ringan yang berbeza dari pulau itu, yang merupakan sesuatu yang menyeronokkan buat penonton.

Pertunjukan tanglung itu akan berlangsung hingga akhir Mac.

SUMBER: Kawasan Pemandangan Indah Eko Pelancongan East Lake Wuhan

--BERNAMA

EFINIX™ KELUARAN PLATFORM BOLEH ATUR CARA TRION™

SANTA CLARA, Calif., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix™, inovator dalam platform dan teknologi produk boleh atur cara (FPGA, Field Programmable Gate Array) hari ini mengumumkan pengeluaran platform boleh atur cara Trion™. Platform Trion berasaskan teknologi boleh atur cara Quantum™ daripada Efinix, yang terdiri daripada logik, penghalaan, memori terbenam dan blok DSP. Lapan FPGA yang pertama dalam platform Trion telah dibina berdasarkan proses 40nm SMIC (Semiconductor Manufacturing International Corporation). Rangkaian product Trion™ terdiri daripada 4K hingga 150K elemen logik (LE) serta menyokong antara muka standard seperti GPIO, PLLs, pengayun, MIPI, DDR, LVDS, antara yang lain. Platform Trion™ disokong sepenuhnya oleh Persekitaran Reka Bentuk Bersepadu (IDE) Efinity™ daripada Efinix™.

“Produk awal Trion ini merupakan demonstrasi pertama untuk platform Quantum FPGA,” Menurut kata Pengasas Efinix, CTO dan Sr. VP Kejuruteraan Tony Ngai. “FPGA kini sering dilabelkan sebagai kuasa dahaga, mahal dan sukar diatur cara. FPGA Trion ini bertujuan untuk memulihkan kelebihan asal FPGA, antaranya termasuk mudah untuk diguna, masa ke pasaran yang singkat untuk sistem pelanggan, kuasa rendah dan harga berpatutan untuk pengeluaran yang tinggi.”

“Saya teruja menyaksikan idea baharu dalam inovasi seni bina FPGA diimplikasikan dalam platform produk yang sebenar. Yang paling menakjubkan adalah Efinix menyempurnakan pengeluaran pertama syarikat dalam masa 10 bulan selepas memperolehi Kit Reka Bentuk Fizikal (PDK) daripada SMIC,” kata Rich Sevcik, bekas timbalan presiden eksekutif dan ahli lembaga pengarah Xilinx, salah satu daripada pelabur bagi Efinix™. “Perikatan dengan SMIC China, salah satu  syarikat faundri yang terunggul dalam penghasilan volum tinggi akan memberi manfaat kepada Efinix, terutamanya dalam pelancaran platform Trion di pasaran negara China yang mempunyai penggunaan produk FPGA yang tertinggi.”

FPGA Trion memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Saiz berbanding dengan FPGA lain kerana produk ini dibina dengan menggunakan kelebihan unik teknologi boleh atur cara Quantum. Produk Trion mempunyai kelebihan dalam pasaran FPGA seperti mudah alih, IoT, pengguna umum, industri dan perubatan.Produk  ini dijangka akan menyinar dalam pelbagai pasaran yang berkembang pesat, seperti pengkomputeran pinggir yang menggabungkan pengiraan kelajuan, analisis, inferens pembelajaran mendalam dan logik melalui peranti pinggir. Untuk maklumat lanjut tentang  platform Trion, layari www.efinixinc.com/trion.

“Kami bersyukur kerana mempunyai pelanggan prabayar yang menunggu produk FPGA Trion awal kami, merupakan  kali pertama dalam industri FPGA,” kata Sammy Cheung, pengasas , CEO dan presiden Efinix. “Disebabkan oleh kelebihan produk Trion, pelanggan-pelanggan berminat kami tidak sabar untuk menggunakannya FPGA Trion sebagai pilihan pengeluaran volum tinggi dalam sistem mereka. Tambahan lagi, FPGA Trion yang mempunyai  kuasa rendah dan tawaran pakej faktor bentuk kecil yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk mencipta produk inovasi dan aplikasi baharu yang tidak boleh dicapai oleh FPGA tradisional.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10896

PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-12 UNTUK JUALAN

PEMENANG DIUMUMKAN DALAM ANUGERAH STEVIE® TAHUNAN KE-12 UNTUK JUALAN

Thursday, March 1, 2018

HARI MESRA PELANGGAN (HMP), MQA

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) meneruskan usaha mengeratkan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan melalui Hari Mesra Pelanggan MQA (HMP) yang diadakan pada hari Khamis minggu pertama dan hari Khamis minggu ketiga.  Program tersebut diadakan di Galeri Aras 1, Bangunan Mercu MQA, Cyberjaya, Selangor bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

HMP memberi peluang kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT), pemegang taruh, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan untuk berurusan secara terus dengan YBhg. Dato' Dr. Rahman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan pegawai-pegawai yang berkaitan melalui pertemuan dan perbincangan dua hala.

HMP dijadikan sebagai platform perkongsian perkembangan mutakhir berkenaan jaminan kualiti pendidikan tinggi negara. Antara isu yang sering dibincangkan ialah status penilaian akreditasi program, dasar-dasar berkenaan pendidikan tinggi, standard program, kelayakan masuk program pendidikan tinggi dan sebagainya. Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Acceditation of Prior Experiential Learning, APEL) juga sering menjadi agenda perbincangan semasa HMP terutamanya oleh pihak industri dan orang awam.

Hasrat MQA adalah untuk merapatkan hubungan di antara MQA dengan pihak luar. Pendekatan proaktif ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan MQA dengan pelanggannya, malah ia juga dapat membantu MQA dalam mendapatkan maklum balas bagi menambah baik proses dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. MQA berharap agar inisiatif ini dapat memudahkan semua pihak untuk berurusan dengan MQA.

Pihak yang berhasrat untuk menghadiri HMP adalah disarankan untuk membuat janji temu dengan menghubungi Puan Nagaletchumy A/P Sittamparam  di talian 03-7968 3341 atau e-mel nagaletchumy@mqa.gov.my.

SUMBER : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohamad Fairul Mohamad Hatim
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Tel : 03-7968 6034
Emel : mfairul@mqa.gov.my

--BERNAMA