TIANJIN, China, 2 Feb., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada 28 Januari, 2018, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan memulakan satu sidang akhbar di ibu pejabat Kumpulan Tiens di Tianjin untuk mengumumkan pelancaran di seluruh dunia bagi strategi dan penambahbaikan penjenamaan baharu mereka. Dengan kehadiran lebih 6,000 orang, persidangan itu merupakan acara utama yang pertama yang diadakan oleh Kumpulan Tiens pada tahun baru itu. Bagi mempercepatkan pengembangan antarabangsa dan strategi penjenamaan baharu untuk Kumpulan Tiens, yang memberi tumpuan kepada generasi muda dalam usia 30-an, strategi baharu Kumpulan Tiens akan mengintegrasikan tema bagi permulaan baharu, kaedah baharu, model perniagaan baharu, dan satu masa hadapan yang baharu, sambil mengekalkan pengembangan mereka yang mantap di peringkat antarabangsa.
Kumpulan Tiens ditubuhkan pada tahun 1995 dan dalam sejarahnya selama 23 tahun, syarikat itu telah berkembang daripada sebuah perusahaan persendirian yang kecil kepada konglomerat antarabangsa seperti yang wujud pada hari ini. Pada masa ini, Kumpulan Tiens mempunyai lokasi di 110 buah negara dan wilayah yang meliputi pasaran di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dalam bidang seperti bioteknologi, pengurusan kesihatan, hotel dan pelancongan, pendidikan dan latihan, e-dagang, perdagangan antarabangsa, dan kewangan. Ia juga telah membentuk pakatan strategik dengan perusahaan besar di banyak negara dan telah menjadi sebuah jenama global China yang terkemuka.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10826
Saturday, February 3, 2018
NELSON BEKERJASAMA DENGAN KEDAI-KEDAI BUKU KAMPUS UNTUK MENGURANGKAN KOS KEPADA PARA PELAJAR
TORONTO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NELSON, penerbit pendidikan terkemuka Kanada, hari ini mengumumkan penubuhan bahagian Perkhidmatan Runcitnya dan dua program baru yang akan mengubah lagi pendidikan di Kanada. Dicipta melalui perkongsian rapat dengan kedai buku kampus, Vendor Managed Inventory, dan satu inisiatif baru sewa buku teks, akan meningkatkan pilihan dan meningkatkan kemampuan untuk pelajar sambil mengurangkan kos dan membolehkan tahap kecekapan baru.
Inisiatif ini diumumkan hari ini di BiiG, satu-satunya persidangan dan pameran perdagangan untuk kedai buku kampus di Kanada.
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10821

UNISYS MERAMALKAN KEMAJUAN DI DALAM TEKNOLOGI BIOMETRIK, KECERDASAN BUATAN UNTUK MENGUBAH BAGAIMANA ORGANISASI PERKHIDMATAN KEWANGAN MELIBATKAN DIRI DENGAN PELANGGAN
SYDNEY, Australia, 1 Feb. 2018/Medianet International-AsiaNet/
----Kemajuan di dalam pengesahan dan teknologi chatbot berkuasa AI untuk membolehkan perkhidmatan pelanggan dan keselamatan yang lebih baik di tengah-tengah transformasi industri
SYDNEY, 1 Februari, 2018 – Kemunculan syarikat permulaan Fintech dan kecerdasan buatan (AI) yang dikuasakan oleh suara telah mengubah jangkaan orang ramai kepada perbankan. Akibatnya, organisasi perkhidmatan kewangan akan memanfaatkan kemajuan di dalam teknologi keselamatan dan ramalan untuk meningkatkan kecekapan dan ketangkasan mereka dan akhirnya memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, terutamanya memberi manfaat kepada bank-bank yang bersaiz kecil dan sederhana yang ingin mengubah cara mereka ke pasaran, menurut satu set ramalan baharu dari pakar-pakar di Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS).
"Kami melihat pengalaman pelanggan sebagai titik pembezaan yang utama bagi strategi perbankan digital bank," kata Eric Crabtree (http://www.unisys.com/industries/financial-services/thought%20leader/eric-crabtree-id-2822), ketua global bagi Perkhidmatan Kewangan Unisys. "Pelanggan pada hari ini bergantung pada peranti mudah alih mereka untuk ke bank ketika mereka bergerak, sementara penggodam utama mencetuskan kebimbangan keselamatan." Kami melihat suatu peralihan di dalam tahun-tahun akan datang di mana bank-bank bergerak ke arah satu model perniagaan yang lebih bersepadu, saluran semua arah yang membolehkan pelanggan membayar bil, memohon bagi gadai janji, atau membeli barangan dan perkhidmatan di mana sahaja – ketika menggunakan kaedah pengesahan baharu untuk memastikan data orang ramai dilindungi."
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10823

PLATFORM CRYPTO ZLOADR LANCAR KALKULATOR MATA WANG BAHARU
LONDON, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu daripada platform penerbitan kripto yang terkemuka di dunia, Zloadr, telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebuah kalkulator penukar mata wang kripto dalam talian yang baharu, yang menambahkan kepada rangkaian peranti digital yang sedia ada. Kalkulator itu bertindak sebagai sebuah mata wang dunia automatik dan penukar mata wang kripto, yang membolehkan pengguna platform itu untuk menukar pelbagai mata wang fiat dunia yang dikeluarkan oleh Kerajaan kepada nilai mata wang kripto yang berbeza, dan sebaliknya – dengan cepat dan mudah. Kalkulator itu dijangka menyaingi peranti penukaran dalam talian yang sedia ada.
Statistik awal menunjukkan bahawa bitcoin (BTC) adalah di antara mata wang kripto yang paling sering ditukar sekarang, selaras dengan kedudukan duit syiling itu yang berada di bahagian atas papan pendahulu permodalan pasaran. Bitcoin dilihat paling kerap dipertimbangkan bersama-sama dengan Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Pound British (GBP). Ethereum (ETH), di tempat kedua dari segi cap pasaran, juga dipaparkan sebagai amat popular dengan pengguna.
Kalkulator mata wang baharu Zloadr difahami sebagai satu daripada penukar dalam talian yang paling komprehensif yang terdapat kepada pengguna web pada hari ini, bukan sahaja yang meliputi mata wang fiat dari Afghani Afghanistan (AFN) kepada Dolar Zimbabwe (ZWL), tetapi juga termasuk mata wang kripto seperti bitcoin, litecoin (LTC), ethereum, ethereum klasik (ETC), ripple (XRP), dan dash (DASH). Zloadr, yang diasaskan pada tahun 2015, telah menjalankan satu penawaran duit syiling permulaan (ICO) bagi token mereka sendiri pada tahun lepas, sebelum pelancaran penuh bagi platform penerbitan itu.
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10824

Friday, February 2, 2018
MORI BUILDING DAN TEAMLAB AKAN MELANCARKAN "MORI BUILDING MUZIUM SENI DIGITAL TEAMLAB TANPA SEMPADAN" DI ODAIBA, TOKYO PADA MUSIM PANAS INI
— Muzium yang berinovatif itu dijangka menjadi destinasi pelancongan yang memprovokasikan minda —
TOKYO, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo, dan kolektif seni teamLab hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama membuka "MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL teamLab Tanpa Sempadan", sebuah muzium seni digital yang berskala penuh di kompleks Palette Town di Odaiba, Tokyo pada musim panas 2018. Konsep muzium yang serba baharu itu adalah satu inisiatif kolaboratif di antara Mori Building, sebuah penyokong terkenal bagi kebudayaan dan kesenian, dan teamLab, sebuah kumpulan kreatif antara disiplin yang memaksimumkan teknologi digital untuk menzahirkan seni.
Muzium itu, kemudahan terunggul dan pameran tetap yang pertama bagi teamLab di Tokyo, akan mempunyai ruang lantai labirintin yang luas 10,000 meter persegi. Perkataan "Tanpa sempadan" mengungkapkan matlamat muzium itu untuk merobohkan sempadan di antara "satu seni dengan yang lain," "seni dan pelawat" dan "diri sendiri dan orang lain" dengan membolehkan pelawat untuk sebati ke dalam seni itu dan menjadi sebahagian daripadanya. Mori Building dan teamLab berharap muzium mereka yang berinovatif itu akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mewujudkan pandangan nilai-nilai baharu dan kerangka sosial baharu yang berinovatif.
Mori Building secara aktif berusaha untuk mengintegrasikan seni di bandar raya, termasuk dengan mengadakan aktiviti kebudayaan yang penting. Dalam pandangan syarikat itu, bandar raya amat memerlukan budaya dan seni untuk mengembangkan kuasa magnet mereka bagi menarik kumpulan orang dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia.
teamLab berhasrat untuk menerokai satu perhubungan baharu di antara manusia dan dunia melalui seni. Amalan kolaboratif secara kolektif itu bertujuan untuk membebaskan seni daripada kekangan fizikal dan melampaui sempadan di dalam masyarakat kontemporari, di mana sempadan di antara teknologi dan kreativiti menjadi kabur.
Menerusi kerjasama mereka, Mori Building and teamLab berhasrat untuk mewujudkan satu destinasi unik yang meningkatkan kekuatan magnet bagi Tokyo ke arah tahun 2020 dan seterusnya.
Maklumat mengenai Mori Building
Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited untuk memaksimumkan kuasa magnet bagi bandar raya dengan mewujud dan memupukkan pusat-pusat bandar yang selamat, mapan dan kosmopolitan berasaskan kepada konsep Bandar Raya Taman Menegak yang unik di pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, percutian dan kediaman. Konsep itu diterapkan di dalam banyak projek terkemuka oleh syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pajakan hartanah, pengurusan dan perundingan projek. Sila layari www.mori.co.jp/en
Maklumat mengenai teamLab
teamLab (f. 2001) adalah kolektif seni, sebuah kumpulan antara disiplin yang terdiri daripada ahli ultrateknologi di mana amalan kolaboratif mereka bertujuan untuk mengemudi pertembungan seni, sains, teknologi, reka bentuk dan dunia semula jadi. Pelbagai pakar seperti artis, pengaturcara, jurutera, juru animasi CG, ahli matematik dan arkitek membentuk teamLab.
teamLab berhasrat untuk meneroka satu perhubungan baharu di antara manusia dan alam melalui seni. Teknologi digital telah membolehkan kita untuk membebaskan seni daripada sempadan fizikal dan menjangkaunya. Kita melihat tiada sempadan di antara diri kita dan alam; kita berada di dalam yang lain dan yang lain berada di dalam kita. Semuanya wujud dalam satu kesinambungan kehidupan yang panjang, rapuh namun menakjubkan.
Hasil kerja teamLab adalah dalam koleksi tetap bagi Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Persatuan Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; dan Galeri Nasional Victoria, Melbourne.
https://www.teamlab.art/
MORI Building MUZIUM SENI DIGITAL teamLab Tanpa Sempadan
Pembukaan: Musim Panas 2018
Lokasi: Palette Town, Odaiba
Alamat: 1-3-8 Aomi, Koto-ku, Tokyo,
Ruang lantai: kira-kira 10,000 meter persegi
URL: https://www.teamlab.art/e/borderless/
Hubungi
Pertanyaan Media
Mori Building:
Weber Shandwick
Rutsuko Nakajima, +81 90 9006 2769
moribldg@webershandwick.com
teamLab: https://www.teamlab.art/contact/
Sumber: Mori Building
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20180129005426/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)