Friday, October 6, 2017

RADIXX INTERNATIONAL MELANTIK JOHN ELIESON SEBAGAI PRESIDEN DAN CEO

ORLANDO, Fla., 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Radixx International, pembekal peneraju industri bagi sistem tempahan, pengedaran dan pembarangan tersuai syarikat penerbangan, mengumumkan pada hari ni bahawa mereka telah melantik John Elieson sebagai Presiden & CEO. Ron Peri, Pengasas dan mantan CEO Radixx akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Radixx.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1e4e5090-f5a9-457c-8e2d-b61664ed2a78

En. Elieson akan menggalas tanggungjawab untuk memandu hala tuju strategik Radixx dan memantau operasi harian syarikat. Sebelum menyertai Radixx, beliau berkidmat di Sabre selama 29 tahun dengan tugas terakhirnya adalah sebagai Naib Presiden Kanan untuk Akaun Global dan Pengalaman Pelancong dalam bahagian Rangkaian Pelancongan mereka. Sepanjang berkhidmat di Sabre, beliau melaksanakan pelbagai tugas termasuk menerajui jualan global untuk bahagian Penyelesaian Penerbangan Sabre dan menerajui Pemasaran Global dan Strategi Korporat untuk Pelancongan.  Majoriti kerjaya En. Elieson dibuat secara langsung dan tidak langsung dengan pengagihan syarikat penerbangan, dalam dan luar talian.

“John adalah calon yang ideal untuk Radixx terus mengorak langkah yang lebih jauh dan menambah jumlah pelanggannya,” ujar Ron Peri, Pengasas dan Pengerusi Radixx International. “Kami yakin yang latar belakang John dan pengalamannya dalam industri pelancongan global, terutamanya yang berkaitan dengan penyelesaian penerbangan adalah sangat bernilai. Kami mengalu-alukan penyertaan John di Radixx dan menanti sumbangannya kepada syarikat.”

“John merupakan pemimpin yang berbakat dengan rekod terbukti memacu pertumbuhan dan mencipta pasukan yang efektif,” kata Kurt R. Jaggers, ahli Lembaga Pengarah Radixx dan Pengarah Pengurusan di TA Associates, yang menyelesaikan pelaburan dalam Radixx pada September 2016. “Kami percaya kemahiran pengurusan dan pengetahuan sektor pelancongan beliau sangat berguna untuk Radixx. Sebagai wakil Lembaga Pengarah, saya ingin berterima kasih kepada Ron Peri atas khidmat, semangat dan dedikasi beliau kepada Radixx dan pelanggan, rakan kongsi serta pekerjanya, serta kami bersedia menerima sumbangan beliau sebagai Pengerusi.”

Bercakap mengenai pelantikannya, “Saya bersyukur dan teruja untuk menyertai Radixx, syarikat yang saya ikuti dan kagumi selama bertahun-tahun. Hasil kerja keras semua pemimpin dan kakitangannya, Radixx mempunyai kelebihan teknologi maju dan penawaran nilai unik untuk menambah pelanggannya. Saya kagum dengan pasukan Radixx dan bersedia untuk bekerja bersama mereka demi meneruskan momentum dan reputasi kukuh Radixx.”

Biografi John Elieson 
John Elieson adalah Presiden & CEO Radixx International. Sebelum menyertai Radixx, En. Elieson telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Senior untuk Akaun Global dan Pengalaman Pelancong di Rangkaian Pelancongan Sabre, pembekal teknologi untuk industri pelancongan global. Selama hampir tiga dekad, beliau berkhidmat dengan Sabre dan bekas syarikat induknya, American Airlines, dalam pelbagai bidang termasuk operasi, latihan, pembangunan perisian, perundingan, pembangunan perniagaan, pengurusan jualan dan akaun, pemasaran, pembangunan produk, pengurusan portfolio, pengurusan harga dan hasil, maklumat perniagaan dan strategi. Sepanjang pelantikannya, Elieson telah menjayakan beberapa rundingan berbilion dolar dan mencipta nilai signifikan untuk semua pihak. Beliau memperolehi MBA daripada Universiti Vanderbilt dan telah melakukan perniagaan dan menguruskan kakitangan di seluruh dunia. Beliau juga berkhidmat dengan beberapa lembaga untuk perniagaan, universiti, majlis perbandaran dan organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Perihal Radixx International
Radixx International, Inc., beribu pejabat di Orlando, Florida kini melancarkan sistem perkhidmatan penumpang generasi keenam iaitu Galaxy PSS. Galaxy adalah sistem PSS natif web penuh dan boleh digunakan di sebarang pusat data awam atau persendirian. Ia terbukti berupaya untuk beroperasi dengan rangkaian awan (cloud) terkecil hingga persekitaran mendesak terbesar. Galaxy menyediakan sistem perusahaan lengkap boleh disesuaikan yang memenuhi keperluan syarikat penerbangan tradisional dan rendah kos, termasuk sokongan untuk penerbangan antara syarikat, perkongsian kod dan agihan menerusi GDS. Diasaskan pada tahun 1993 dan kini menjadi hos kepada 50 syarikat penerbangan di enam benua, penyelesaian berasaskan awan bersepadu Radixx menyokong semua model perniagaan syarikat penerbangan. Baru-baru ini, Radixx menjadi rakan kongsi TA Associates, firma ekuiti persendirian pertumbuhan peneraju global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.radixx.com.

Hubungan Media:
John Beisner
Bond Moroch
jbeisner@bondmoroch.com
+1.504.323.8337

Sumber : Radixx Solutions International, Inc.

--BERNAMA

TEKNOLOGI SDX MILIK NTT COMMUNICATIONS AKAN DIGUNAKAN OLEH MCLAREN-HONDA UNTUK GRAND PRIX FORMULA 1 JEPUN 2017

TEKNOLOGI SDX MILIK NTT COMMUNICATIONS AKAN DIGUNAKAN OLEH MCLAREN-HONDA UNTUK GRAND PRIX FORMULA 1 JEPUN 2017

​LANTRONIX MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN PENYELESAIAN PENGURUSAN PERANTI GLOBAL IOT INDUSTRI BERBILANG DIMENSI YANG PERTAMA

—Syarikat melancarkan Tawaran Produk MACH10™ yang Pertama—

BARCELONA, Sepanyol, 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (“Syarikat”) (NASDAQ:LTRX), penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk aset Internet untuk segala-galanya (IoT), pada hari ini mengumumkan ketersediaan Pengurus Peranti Global MACH10™, aplikasi IoT industri yang sedia digunakan direka untuk mendayakan OEM dan penyepadu sistem bagi memindahkan pengurusan kitaran hidup bagi peranti bersambung pada skala.

“Kami gembira mengumumkan ketersediaan komersial tawaran produk perisian pengurusan IoT kami yang pertama, Pengurus Peranti Global MACH10,” kata Jeff Benck, presiden dan CEO Lantronix. “Dengan Pengurus Peranti Global, OEM dan penyepadu sistem kini mempunyai keupayaan untuk memberikan pengurusan peranti skala web yang lasak dan selamat dengan pantas untuk peranti IoT mereka.”

“Tech Data gembira untuk mengesyorkan penyelesaian MACH10 Lantronix kepada rakan kongsi IoT kami. Platform MACH10 menawarkan kelincahan, fleksibiliti dan skala yang diperlukan untuk bersepadu ke dalam persekitaran industri,” Michelle Curtis, pengarah Amalan IoT Tech Data untuk Amerika Utara.

Berdasarkan platform IoT MACH10™ berbilang dimensi syarikat itu, Pengurus Peranti Global mendayakan OEM dan penyepadu sistem untuk memantau dan menguruskan pangkalan peranti terpasang mereka dari jauh. Penyepaduan dengan Pengurus Peranti Global dilakukan melalui panggilan REST API yang mudah, menghapuskan keperluan untuk mengetahui bahasa pemprograman tambahan atau sebarang porting. Menjalankan operasi penyelenggaraan – daripada konfigurasi tersuai ke kemas kini perisian tegar ke pengesetan dan but semula kelengkapan – semudah beberapa klik tetikus, sama ada ia sebuah mesin di dalam sebuah bangunan yang jauh atau ribuan mesin yang berada di serata dunia. Ciri berbilang dimensi Pengurus Peranti Global MACH10 yang canggih membolehkan OEM dan penyepadu sistem mencipta portal tersuai yang menyediakan akses berbilang pengguna dan berasaskan peranan yang selamat sambil mengekalkan peranti, aplikasi dan data pelanggan terasing, terjamin dan peribadi.

OEM yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang MACH10 dan Pengurus Peranti Global MACH10 atau meminta demo di www.lantronix.com/mach10 atau menghubungi pejabat jualan Lantronix.

Mengenai Lantronix  
Lantronix, Inc. adalah sebuah penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan aset bagi Internet untuk segala-galanya (IoT). Misi kami adalah untuk menjadi pembekal peneraju bagi penyelesaian IoT yang membolehkan syarikat memudahkan penciptaan, pemindahan dan pengurusan projek IoT secara dramatik sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan orang ramai.

Dengan lebih daripada dua dekad pengalaman dalam mencipta teknologi teguh mesin kepada mesin (M2M), Lantronix adalah peneraju dalam membolehkan pelanggan kami untuk membina model perniagaan baru dan merealisasikan potensi Internet untuk segala-galanya. Penyelesaian penyambungan kami dipindahkan dalam berjuta-juta mesin yang disediakan untuk pelbagai jenis industri, termasuk pusat data, perubatan, keselamatan, perindustrian, pengangkutan, peruncitan, kewangan, alam sekitar dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video YouTube kami di www.youtube.com/user/LantronixInc atau hubungi LinkedIn kami di www.linkedin.com/company/lantronix.

Media dan Pelabur:
E.E. Wang
Pengarah, Pemasaran Korporat dan Hubungan Pelabur
investors@lantronix.com
ee.wang@lantronix.com 
949-614-5879

Jualan:
Amerika: 800-422-7055 
Eropah, Timur Tengah dan Afrika: +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik: + 852 3428-2338
Jepun: +81 3-3273-8850
India: +91 994-551-2488

© 2017 Lantronix, Inc. Semua hak cipta terpelihara. Lantronix, adalah tanda dagangan berdaftar bagi Lantronix, Inc. MACH10 adalah tanda dagangan bagi Lantronix Inc.

Sumber : Lantronix Inc.

--BERNAMA

Wednesday, October 4, 2017

PENYERTAAN UNTUK STEVIE® AWARDS BAGI JUALAN DAN KHIDMAT PELANGGAN TAHUNAN KE-12 DIBUKA

Pemenang Anugerah Jualan Tertinggi dan Anugerah Khidmat Pelanggan Akan Diiktiraf di Las Vegas


FAIRFAX, Va., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stevie® Awards, penganjur program anugerah perniagaan perdana dunia telah membuka penyertaan untuk Stevie Awards bagi Jualan dan Khidmat Pelanggan 2018 (tahun ke-12). Kit penyertaan dan maklumat lengkap untuk pertandingan boleh didapati di http://www.StevieAwards.com/Sales.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/046857e5-784f-4818-9ec3-acd4c87065f4

Semua khidmat pelanggan, pusat perhubungan, pembangunan perniagaan dan jabatan jualan, pasukan dan para profesional seluruh dunia layak untuk dicalonkan, sebagai tembahan kepada produk dan perkhidmatan baru serta pembekal penyelesaian yang digunakan oleh para profesional tersebut. Anugerah 2018 itu akan mengiktiraf pencapaian dari 1 Julai 2016.

Tarikh tutup untuk penyertaan awal dengan bayaran penyertaan lebih rendah ialah pada 18 Oktober 2017. Tarikh tutup penyertaan terakhir ialah pada 15 November, tetapi penyertaan lambat akan diterima sehingga 11 Januari 2018 dan dikenakan bayaran lewat. Finalis akan diumumkan pada pertengahan Januari manakala pemenang Stevie Awards untuk Emas, Perak dan Gangsa akan diumumkan ketika bankuet anugerah gala pada 23 Februari di Caesars Palace, Las Vegas.

Stevie Awards untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan menampilkan lebih daripada 135 anugerah jualananugerah khidmat pelanggananugerah pembangunan perniagaananugerah produk baharu dan kategori anugerah pembekal penyelesaian. Jumlah pencalonan dan kategori yang boleh dihantar bagi setiap peserta adalah tidak terhad.

Tahun 2018 bakal menyaksikan kembalinya Stevie Awards Pilihan Ramai untuk Khidmat Pelanggan Kegemaran, iaitu ciri popular Stevie Awards untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan di mana orang ramai boleh mengundi untuk penyedia khidmat pelanggan kegemaran mereka, dalam kalangan pencalonan Finalis dalam kategori Jabatan Khidmat Pelanggan Terbaik Tahun Ini.

Pemenang Stevie Awards edisi 2017 untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan antara lain termasuk 1-800-FLOWERS.COM, Inc., Adobe Systems, Inc., Aflac, Dell Technologies, Delta Air Lines, Deutsche Post DHL, Guidewell Connect, IBM, Inci Akü GS Yuasa, VIZIO, Inc. dan Wyndham Vacation Ownership.

Perihal Stevie Awards
Stevie Awards dianugerahkan dalam tujuh program. Pertandingan Stevie Awards menerima lebih daripada 10,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 60 buah negara. Stevie Awards mengiktiraf organisasi tanpa mengira jenis dan saiz dan pekerjanya, ia mengiktiraf prestasi memberangsangkan di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui dengan lebih lanjut tentang Stevie Awards di http://www.StevieAwards.com.

Hubungan:
Maggie Gallagher
Maggie@StevieAwards.com
+1 (703) 785-0176


SUMBER : The Stevie Awards

SYNERGY RESEARCH GROUP MENARAFKAN BROADSOFT SEBAGAI PENERAJU SAHAM PASARAN GLOBAL UNTUK KOMUNIKASI BERSEPADU SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS) PADA 49%

BroadSoft meneraju pasaran dalam dua metrik penting: 49% saham pasaran dalam penghantaran barisan baru awan dan 45% saham pasaran dalam pangkalan terpasang awan

GAITHERSBURG, Md., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan bahawa ia mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam penghantaran barisan baru UCaaS dan mengembangkan saham pasarannya daripada 42.6% kepada 49.4% berdasarkan Synergy Research Group, penganalisis penyelidikan industri.1

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10453

Tuesday, October 3, 2017

Program #IDAREYOUChallenge2017 Dilancar Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) hari ini melancarkan program #IDAREYOUChallenge2017 untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menguruskan kewangan dan perlindungan insurans dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kementerian itu menyambut baik inisiatif daripada sektor korporat untuk memupuk kepentingan mengadakan perancangan kewangan yang lebih baik dalam menyediakan diri mereka ke alam pekerjaan.

"Program ini memenuhi penilaian kementerian yang mana generasi muda tidak bergantung semata-mata kepada pengetahuan akademik tetapi juga bijak dalam pengurusan kewangan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik kewangan menjelang 2020,"katanya selepas melancarkan acara itu di sini hari ini.

Presiden LIAM Toi See Jong berkata LIAM mendekati generasi muda secara berterusan untuk mempertingkatkan pemahaman mereka dan menghargai insurans hayat.

"Ini penting bagi perkembangan komuniti berpendapatan sendiri dengan kemakmuran boleh dinikmati semua dan kami mahu generasi muda kita mula merancang untuk mempersiapkan keluarga mereka dengan masa depan yang lebih terjamin,"kata Toi.

Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara itu akan diminta menyediakan sinopsis berkaitan mesej bertemakan 'What would you do to feel financially secure' dan peserta yang terpilih akan memuat naik video pendek yang memaparkan pelan pemasaran mereka sendiri sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

Juara akan menerima wang tunai RM15,000, pemenang kedua RM7,500 dan ketiga RM4,000.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini bagi semua mahasiswa dan siswazah di Malaysia. Maklumat lanjut berhubung acara itu boleh diperoleh dengan melayari www.idareyouchallenge.com

-- BERNAMA

Monday, October 2, 2017

PERUNCIT BARANGAN SUKAN TERBESAR, DECATHLON MENINGKATKAN KETAMPAKAN PENGEDARAN ARAS BUMI DENGAN LOGINEXT

FREMONT, Calif., 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peruncit barangan sukan terbesar di dunia mengikat perjanjian dengan satu daripada syarikat SaaS yang terkemuka di dalam bidang logistik dan pengoptimuman tenaga kerja lapangan. Decathlon bergabung dengan LogiNext untuk memperluaskan kuasa rangkaian pengedarannya yang unggul di dalam pelbagai pasaran yang membangun. Melalui perkongsian ini, ia berhasrat untuk mencipta kembali penguasaan mereka di pasaran Perancis di negara-negara lain. Melalui algoritma pembelajaran mesin yang direka untuk membaca corak lalu lintas dan cuaca daripada maklumat pergerakan penghantaran lampau, LogiNext telah berjaya menyediakan satu set penyelesaian unik untuk Decathlon yang menawarkan ketampakan pergerakan logistik yang luar biasa merentasi geografi.

Bersama-sama dengan ketampakan pergerakan, analisis muatan hab di sekitar pergerakan armada boleh diautomasikan dengan menggunakan enjin perancangan LogiNext. Mengesan kenderaan armada melalui sebuah papan pemuka kawalan berpusat, Decathlon boleh merancang laluan penghantaran mereka dan anggaran masa ketibaan yang disokong oleh analisis lokasi aras bumi tepat masa yang sebenar. Ini akan membantu mereka mengurangkan cerutan, baik yang boleh diramal dan tidak dapat diramalkan, seperti perancangan untuk tenaga kerja bagi memuatkan dan memunggah di sekitar anggaran masa ketibaan yang dikemaskini secara berkala.