Monday, March 6, 2017

​AKTIVITI YAMAHA MOTORSPORTS UNTUK MUSIM 2017

IWATA, Jepun, 6 Mac (Bernama) -- Yamaha Motor Co., Ltd. (Tokyo: 7272) dengan bangganya membentangkan sambungan strategi Yamaha Racing untuk musim 2017 bagi perlumbaan di atas jalan dan di rupa bumi yang kasar. Yamaha telah menyusun semula strategi global jangka sederhana hingga ke jangka panjang mereka pada tahun 2015 - tahun yang menandakan ulang tahun ke-60 syarikat itu - dan telah terlibat di dalam pelbagai inisiatif korporat di bawah dasar-dasar asas mereka untuk aktiviti perlumbaan: meningkatkan nilai jenama Yamaha, memperoleh teknologi canggih dan menggalakkan perlumbaan motosikal.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102500/201703029492/_prw_PI1fl_7n6l2U7g.jpg)

Dengan perancangan-perancangan ini ditetapkan untuk tahun 2016, Yamaha cemerlang di dalam kategori tertinggi dalam perlumbaan. Yamaha menggondol Gelaran Pasukan dan tempat kedua dan ketiga dalam ranking muktamad pelumba bagi Kejohanan Dunia MotoGP,  meraih kemenangan kedua berturut-turut di dalam Kejohanan Dunia Endurance pusingan Suzuka 8 Jam yang berprestij dan mendapat anugerah perlumbaan yang lain, sekali gus memperbaiki teknologinya dan mengembangkan nilai jenama itu.

Saturday, March 4, 2017

Karyaneka Sasar Jualan Lebih RM1 Juta Sepanjang Hari Kraftangan Kebangsaan 2017

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd (Karyaneka) menyasarkan kutipan jualan lebih RM1 juta sepanjang Hari Kraftangan Kebangsaan 2017 (HKK 2017).

Pengurus Pembangunan Perniagaan Karyaneka Mohamed Alias Mohd Ariffin berkata meski pun keadaan ekonomi tidak menentu, kuasa beli orang ramai masih tinggi dan tidak menghalang pihaknya mencapai sasaran tersebut.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1334584


Friday, March 3, 2017

VIDEO YANG DIHASILKAN MENGENAI TASIK BIWA DAN TEMPAT-TEMPAT TERKENAL YANG LAIN DI WILAYAH SHIGA DI JEPUN, DIPAPARKAN DALAM TUJUH WARNA PELANGI BUAT KALI PERTAMA: MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, BIRU NILA DAN UNGU

OTSU, Jepun, 2 Mac, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Biro Pelawat Biwako, yang terletak di Wilayah Shiga, yang menjadi sebahagian daripada kawasan Kansai di bahagian barat pulau utama Jepun, telah mengeluarkan sebuah video yang bertajuk "Pelangi-Berwarna, Keindahan SHIGA: Shiga – Biwako." (Biwako atau Tasik Biwa adalah merupakan tasik air tawar yang terbesar di Jepun.)

Pelbagai lokasi dari sekeliling Shiga telah digabungkan di dalam video ini untuk menggambarkan suatu hari yang penuh dengan warna. Banyak tempat-tempat yang terkenal dipaparkan di dalam video itu, mencakupi dari pemandangan Tokong Shirahige yang dicat merah oleh sinaran matahari yang sedang terbenam kepada kehijauan daun teratai yang menyelubungi Taman Kohoku Mizudori. Video itu menunjukkan lokasi-lokasi Shiga yang cantik dan mengagumkan dalam warna pelangi yang jelas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9802

Thursday, March 2, 2017

WATERS MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA INSTITUT TEKNOLOGI BIOPEMPROSESAN (BTI) DARI SINGAPURA BAGI PENYELIDIKAN SAINS GLYCO

Peralatan dan Kepakaran Waters untuk Membantu dengan Penyelidikan Analisis Glyco dan Bioteknologi Glyco BTI

MILFORD, Mass, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada satu majlis dan simposium hari ini, Waters Corporation (NYSE: WAT) mengalu-alukan ke dalam Pusat bagi Program Inovasi mereka Institut Teknologi Biopemprosesan (BTI), sebuah institut penyelidikan di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura. BTI adalah merupakan institut1 penyelidikan yang pertama yang memberi tumpuan kepada biologi glyco untuk mengambil bahagian di dalam Pusat bagi Program Inovasi Waters.

Glycan, atau gula, adalah satu daripada empat kelas asas makro molekul yang terdiri daripada sistem hidup. Penyelidikan glycan oleh BTI adalah bertujuan untuk mencari penanda kanser novel dan menjelaskan laluan glycosylation yang boleh membuka jalan bagi strategi terapeutik baharu. 

SISTEM LAMPU JALAN LED TANPA WAYAR KELUARAN MINEBEAMITSUMI YANG DISOKONG OLEH NTT COM DIANUGERAHKAN SEBAGAI INISIATIF BANDAR RAYA PINTAR OLEH MENTERI ALAM SEKITAR KEMBOJA

Sistem berkecekapan tinggi menggunakan perkhidmatan rangkaian dan awan dari NTT Com

TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), mengumumkan hari ini bahawa sebuah sistem berkecekapan tinggi bagi lampu jalan LED yang dibina oleh MinebeaMitsumi Inc. dan disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global dari NTT Com telah menerima satu anugerah khas daripada menteri alam sekitar Kemboja pada Februari 2017. Anugerah itu mengiktiraf sumbangan projek itu kepada Kemboja dari segi perlindungan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga.

Sistem lampu jalan LED oleh MinebeaMitsumi yang disambungkan tanpa wayar bagi fungsi pintar, seperti sensor meletak kereta dan meter elektrik, disokong oleh perkhidmatan rangkaian dan awan global NTT Com. Sistem yang sangat efisien itu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 70% berbanding dengan lampu Pelepasan Berintensiti Tinggi (HID) yang konvensional hasil daripada pengurangan penggunaan tenaga oleh LED dan fungsi pintar seperti penutupan dan pemalapan lampu jalan yang dikawal secara tanpa wayar. 

Wednesday, March 1, 2017

NEURALSTEM UMUM PENERBITAN DATA PRAKLINIKAL NSI-189 DALAM JURNAL FISIOLOGI SELULAR

-NSI-189 Buktikan Pemulihan Fungsi Tahan Lama dalam Model Tikus (Roden) bagi Strok Iskemik -

-NSI-189 Galakkan Pemodelan Semula Sinaps Selepas Strok-

GERMANTOWN, Md., 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang menumpu pada pembangunan terapi sistem saraf berdasarkan teknologi sel induk sarafnya mengumumkan penerbitan terkini data praklinikal mengenai NSI-189 di dalam Jurnal Fisiologi Selular.  Kajian menunjukkan bahawa NSI-189 memperbaiki pemulihan fungsi kelakuan dan meningkatkan keliatan sinaps hipokampus pada haiwan teraruh strok ketika rawatan selama 12 minggu yang telah dikekalkan sehingga pasca strok 24 minggu.




PEMBUAT PERUBAHAN : 2 DALAM 5 ALUMNI BEKERJA DI INDUSTRI YANG MEREKA TIDAK PERTIMBANGKAN SEBELUM PENGAJIAN

Kajian Baharu Menunjukkan Bahawa Program Perniagaan Siswazah Menginspirasikan Jalan Kerjaya Baharu

RESTON, Va., 28 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lebih daripada separuh alumni pusat pengajian perniagaan siswazah kini bekerja di industri atau kerja di mana mereka tidak mempunyai pengalaman berkaitan sebelum menyertai pengajian perniagaan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini oleh Majlis Penerimaan Pengurusan Siswazah (GMAC), sebuah organisasi tanpa untung pusat pengajian perniagaan siswazah terkemuka. Penemuan daripada Tinjauan Perspektif Alumni 2017 Majlis menunjukkan 2 dalam 5 (39 peratus) alumni kini bekerja di industri yang mereka tidak pernah pertimbangkan sebelum memulakan pengajian perniagaan; mereka mengetahui tentang peluang tersebut selepas menyertai program perniagaan siswazah, dengan 88 peratus yang menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kerja dan majikan mereka.