Thursday, October 22, 2015

AIRASIA BERALIH KEPADA SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK BERASASKAN AWAN UNISYS BAGI MENGURUS PERKHIDMATAN KARGO DI SELURUH RANGKAIAN LUAS PENERBANGANNYA

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Okt, 2015 /Medianet International-AsiaNet/ --

Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia menggantikan sistem pengurusan kargo legasinya kepada perkhidmatan berasaskan awan yang moden, Unisys, dalam tempoh kurang daripada enam bulan.

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/)(NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah utama, AirAsia (http://www.airasia.com/au/en/home.page) kini beralih kepada Logistics Management System {LMS} berasaskan Unisys (http://www.unisys.com/offerings/industry-solutions/transportation-industry-solutions/logistics-solutions ) bagi mengurus perkhidmatan kargo domestic dan antarabangsa dalam keseluruhan rangkaian sekutunya.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8408

TUAN RUMAH & LOKASI MAJLIS ANTARABANGSA KE-27 BAGI PERSIDANGAN DUNIA PENDIDIKAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ICDE) DIUMUMKAN

SUN CITY, Afrika Selatan, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika majlis penutup Majlis Antarabangsa ke-26 bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (ICDE) di Sun City, ICDE mengumumkan Contact North | Contact Nord Kanada sebagai tuan rumah bagi Persidangan Dunia Pendidikan Terbuka dan jarak jauh ke-27 di Toronto, Kanada dari 17 – 19 Oktober, 2017.

Lebih 4 juta penduduk di 600 komuniti kecil, luar bandar, jauh, luar bandar, Penduduk Asli dan Penutur Bahasa Perancis di wilayah terbesar Kanada, Ontario, boleh menyertai program atas talian dan jarak jauh dan kursus dari 24 kolej awam Ontario, 22 universiti awam dan 250 penyedia latihan dan kemahiran asas dan celik huruf tanpa perlu meninggalkan komuniti mereka dengan mencapai perkhidmatan yang tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis dari Contact North | Contact Nord.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8406

Wednesday, October 21, 2015

BARANG BESI NAMBU, BARANGAN LAKUER, POKOK CERI TUNGGAL KOIWAI DAN LEBIH BANYAK LAGI – KESEMUA DAYA TARIKAN IWATE DI TOHOKU, YANG DIMUATKAN KE DALAM SEBUAH FILEM!

MORIOKA, Jepun, 20 Okt, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Kerajaan Wilayah Iwate telah mengeluarkan "Cafe IHATOV – Sebuah Cerita mengenai  Iwate," sebuah filem dalam talian yang dibintangi Ayumi Ito, di sebuah laman sesawang iringan yang berkongsi  Iwate dengan seluruh dunia. Dengan mempamerkan produk Iwate dan tempat-tempat untuk bersiar-siar, filem ini adalah sebahagian daripada projek untuk menggalakkan jualan barangan khusus di Iwate.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8405

Tuesday, October 20, 2015

COTY INC. MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN PLATFORM PEMASARAN DIGITAL GLOBAL TERKEMUKA BEAMLY

Urus Niaga akan Menyediakan Coty dengan satu Langkah Perubahan Merentasi Keupayaan Pemasaran Digital
 
NEW YORK, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Coty Inc. (NYSE: COTY) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Beamly, sebuah firma pemasaran digital yang serba canggih yang berpangkalan di New York dan London. Fokus utama Beamly adalah kepada memacukan pertumbuhan dan penglibatan penonton bagi jenama pengguna dalam media digital. Walaupun Beamly aktif merentasi kesemua media digital termasuk video dalam talian, suite keupayaan terasnya bertumpu di seluruh media sosial, di mana ia telah secara konsisten mengatasi tanda aras tempat pasaran. Syarat-syarat urus niaga itu tidak didedahkan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8400

​GABENOR FLORIDA MERAIKAN RANCANGAN PENGEMBANGAN OAKRIDGE UNTUK MEWUJUDKAN 1,000 PEKERJAAN BAHARU, MENGANUGERAHI SYARIKAT DENGAN PINGAT "DUTA PERNIAGAAN GABENOR"

Oakridge Global Energy Solutions Diiktiraf untuk Menyambut Ketibaan Era Baharu dalam Pembuatan Bateri, Mewujudkan Pekerjaan Tempatan

PALM BAY, Fla., 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Oakridge Global Energy Solutions, Inc. (OTCQB:OGES) baru-baru ini menerima anugerah mengagumkan daripada satu persidangan akhbar utama di mana Rick Scott selaku Gabenor Florida , disertai oleh beberapa orang kenamaan dan usahawan perniagaan tempatan, bertemu dengan kakitangan dan pasukan eksekutif Oakridge untuk meraikan rancangan pengembangan Syarikat yang akan datang dan kesannya pada komuniti tempatan.



Monday, October 19, 2015

Perjanjian Gencatan Senjata Di Antara Kerajaan Myanmar Dan Pertubuhan Etnik Bersenjata

TOKYO, 19 Okt (Bernama) --

-Kenyataan dari Yayasan Nippon mengenai Langkah ke arah Kedamaian-

Wakil-wakil dari Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar dan lapan pertubuhan etnik bersenjata telah menandatangani satu perjanjian gencatan senjata pada 15 Oktober pada satu majlis di ibu negara di bandar raya Naypyidaw. Bersama-sama dengan Thailand, China, India, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan Kesatuan Eropah, Jepun, yang telah menggalakkan dialog di kalangan pihak yang terlibat dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada wilayah yang terjejas dengan konflik, menjadi saksi kepada majlis penandatanganan perjanjian itu. Yohei Sasakawa, Pengerusi Yayasan Nippon, menghadiri majlis tersebut dan menandatangani perjanjian itu atas sifatnya sebagai Duta Khas Kerajaan Jepun bagi Pendamaian Nasional di Myanmar. Berikutan penandatanganan perjanjian tersebut, Yayasan Nippon telah mengeluarkan kenyataan berikut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8395

MITEL MERANGKA WAWASAN STRATEGIK UNTUK MENYILANGI KOMUNIKASI MASA NYATA MAJU DENGAN TEKNOLOGI AWAN, PERUSAHAAN DAN MOBILITI

DALLAS, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam komunikasi perniagaan, awan dan mudah alih masa nyata, hari ini merangka wawasan strategiknya bagi menangani dunia mudah alih pertama yang berkembang dengan pesat. Strategi tersebut menumpukan terhadap menghapuskan halangan teknikal di antara silo perusahaan dan mudah alih dan dijana oleh tawaran awan terkemuka industri Mitel.

Memanfaatkan persilangan pasaran unik teknologi mudah alih, perusahaan dan awan, Mitel mendayakan model perniagaan masa nyata baru yang inovatif ketika talian di antara pengguna dan perniagaan tidak jelas. Menurut tinjauan yang dijalankan baru-baru ini *, lebih daripada 80 peratus perusahaan masih belum mengikat platform komunikasi perniagaan mereka dengan rangkaian mudah alih.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8389