Wednesday, December 31, 2025

MEK MULUNG "AFROT": JKKN TERUSKAN USAHA PELESTARIAN MEK MULUNG MELALUI PEMENTASAN "AFROT"

Saksikan sebuah pementasan teater tradisional Mek Mulung: AFROT yang bakal memukau penonton pada 9 dan 10 Januari 2026. Pementasan pada kali ini dilakonkan oleh barisan pelakon berbakat besar seperti Asmidar, Saifulwazien, Anaqi, Norliza, serta ramai lagi pendukung seni pentas yang berkaliber.


TANJUNG MALIM, 31 Dis (Bernama) -- Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot”, sebuah warisan Kedah yang sarat dengan tipu daya kuasa, pengorbanan dan semangat menuntut keadilan. Kisah “Afrot” bermula dengan keinginan seorang raja untuk mempunyai pewaris takhta, namun perkahwinannya dengan 11 puteri tidak berhasil sehinggalah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Bongsu. Melalui jalan cerita yang tegang dan penuh aksi, karya ini menyelami makna keberanian dan kesetiaan, di mana Putera Afrot akhirnya memulakan perjalanan yang berliku untuk menuntut bela, menghadapi pelbagai konflik demi ayahandanya.

Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot” merupakan usaha berterusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB Kedah) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menyemarakkan warisan tidak ketara negara selain memberi ruang kepada penggiat seni teater tempatan untuk terus berkarya.  Mek Mulung  “Afrot”  bakal dipentaskan pada 9 dan 10 Januari 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan dijangka menjanjikan sebuah pengalaman pementasan yang menyentuh jiwa di samping mengangkat kesenian tradisional ini.

Menggabungkan elemen tradisi, mitos, dan nilai kemanusiaan yang mendalam, “Afrot” mengajak penonton merenung makna sebenar perjuangan dalam mempertahankan hak dan mencari keadilan. Kisahnya mencerminkan realiti pengorbanan yang dilakukan demi cinta dan takhta, namun tetap teguh memperjuangkan kebenaran. Di penghujung cerita, penonton akan menyaksikan bahawa kemenangan bukan hanya pada takhta yang diperolehi semula, tetapi pada semangat kesetiaan yang mengalir dalam darah Putera Afrot.
 
“Pementasan ini merupakan salah satu usaha pembangunan dan pelestarian kesenian Mek Mulung yang telah tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera oleh UNESCO pada 5 Disember 2023. Seiring dengan pengiktirafan tersebut, JKKN bersama AKRAB Kedah turut mengambil inisiatif menghasilkan skrip baharu Mek Mulung yang diadaptasi daripada cerita-cerita Mek Mulung”. Ulas Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam kenyataannya hari ini.
 
Teater ini dipentaskan sebagai sebahagian daripada program Penyemarakan Karya Teater 2025 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawangwww.jkkn.gov.my 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & You Tube: @mysenibudaya 

SUMBER: Persatuan Legasi Cinta Seni

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Naurah Daria Janiur
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Ibu Pejabat
Tel: 03-2697 2184
E-mel: doria@jkkn.gov.my

Nama: Nurfatin Fatini Norazlan
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Ibu Pejabat
Tel: 03-2697 2192 
E-mel: nurfatin@jkkn.gov.my

--BERNAMA

Tuesday, December 23, 2025

LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 22 HINGGA 31 DISEMBER 2025

Waktu Operasi Kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan sehingga 9.00 malam bermula 22 hingga 31 Disember 2025.

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

Bermula 22 hingga 31 Disember 2025, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam.
 
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif dan kelendar 2026. Bagi memeriahkan suasana hujung tahun, pembayar zakat yang hadir berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disambut dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik yang disediakan khas untuk pengunjung.
 
Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat serta melalui ejen-ejen bayaran yang dilantik seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.
 
Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai PPZ-MAIWP akan hadir ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan perkhidmatan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.
 
PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat 1 Call Away membolehkan pembayar menunaikan zakat dengan mudah hanya melalui talian zakat kami di 1 300 88 5757.
 
PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2025.
 
Sempena Kempen Year End Zakat 2025, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2026.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 393 5432 
E-mel: aqilah@zakat.com.my 

--BERNAMA

Monday, December 22, 2025

PENDIRIAN BERHUBUNG ISU DEKORASI PERAYAAN BUKAN ISLAM DI PREMIS MAKANAN BERSIJIL HALAL

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- IKIM ingin memberi pencerahan berhubung isu penggunaan dekorasi berkaitan perayaan bukan Islam di premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) susulan perbincangan dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat.

Penilaian kehalalan sesuatu makanan dan premis adalah berdasarkan kriteria utama yang telah ditetapkan, antaranya penggunaan bahan yang halal, pengendalian yang bersih dan suci serta bebas daripada sebarang unsur najis dan pencemaran yang diharamkan oleh syarak. Dalam konteks ini, elemen dekorasi bersifat umum dan tidak melibatkan unsur keagamaan, ritual atau sembahan tidak termasuk dalam faktor yang menjejaskan status halal sesuatu premis.

Perkara ini selaras dengan garis panduan SPHM serta penjelasan pihak berkuasa berwibawa, termasuk keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2023 yang menyatakan bahawa tiada larangan ke atas pemegang SPHM untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam, selagi mana ia tidak memaparkan unsur keagamaan, ritual ibadah atau penggunaan logo halal dan SPHM secara tidak wajar.

Dalam kerangka masyarakat majmuk di Malaysia, pendekatan Fiqh at-Ta‘ayush wajar difahami dengan menghormati kepelbagaian budaya dan agama tanpa menjejaskan prinsip dan piawaian Islam yang telah ditetapkan. Pendekatan ini juga selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin keharmonian dan kestabilan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Sehubungan itu, IKIM menyeru semua pihak agar memahami isu ini secara menyeluruh, merujuk kepada autoriti yang sah serta mengelakkan polemik yang boleh menimbulkan salah faham dan menjejaskan perpaduan masyarakat.

Sekian. Terima kasih.

Prof Madya Dato' Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
20 Disember 2025 | 1 Rejab 1447H

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT IKIM
Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-219 5345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my

Nama: En. Sharuzi bin Ismail
Tel: 010-4026 6200
E-mel: jie@ikim.gov.my

--BERNAMA

CGTN: Cara China memperluas keterbukaan melalui operasi khas kastam seluruh pulau di Hainan FTP

 Operasi khas kastam seluruh pulau di Hainan Free Trade Port (FTP) di selatan China telah dilancarkan secara rasmi pada hari Khamis. CGTN menerbitkan sebuah artikel yang menyerlahkan bagaimana dasar keutamaan pelabuhan tersebut akan merangsang lagi pelaburan perniagaan, memudahkan aliran rentas sempadan barangan dan faktor pengeluaran, serta meletakkan Hainan sebagai hab utama yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa. 


BEIJING, 22 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- China telah melancarkan operasi khas kastam di seluruh pulau di Hainan Free Trade Port (FTP) di selatan China pada hari Khamis. Pelabuhan tersebut merupakan FTP terbesar di dunia dari segi keluasan, sekali gus membolehkan kemasukan barangan luar negara dengan lebih bebas, serta memperluas liputan sifar tarif dan langkah mesra perniagaan.

Ketika mendengar laporan kerja mengenai FTP pada awal November, Presiden China Xi Jinping menyifatkan operasi khas kastam itu sebagai langkah bersejarah untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi serta mempromosikan ekonomi dunia yang terbuka. Beliau menyeru agar usaha dipergiat bagi memudahkan aliran rentas sempadan faktor pengeluaran. Xi turut menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran perniagaan bertaraf antarabangsa yang tertinggi.

Idea untuk penubuhan FTP pertama kali dicadangkan pada tahun 2018. Sejak itu, pelbagai dasar keutamaan – termasuk membeli‑belah bebas cukai dan kadar cukai korporat yang rendah – telah diperkenalkan bagi membolehkan FTP mesra perniagaan terbentuk secara beransur‑ansur.

Bermula Khamis, peratusan produk sifar tarif di Hainan FTP akan melonjak daripada 21 peratus kepada 74 peratus, dengan jumlah barangan bebas tarif meningkat daripada sekitar 1,900 kepada 6,637, merangkumi hampir semua peralatan pengeluaran dan bahan mentah.

Lan Zhenzhen, presiden hal ehwal awam bagi L'Oréal North Asia dan China, optimis terhadap pertumbuhan syarikat berikutan pelancaran pada hari Khamis.

“Sebagai zon perintis perdagangan bebas terbesar di China, Hainan Free Trade Port (FTP) merupakan lokasi bagi kedai bebas cukai tunggal terbesar di dunia dan destinasi membeli‑belah global utama,” kata Lan. “Pada masa hadapan, L'Oréal akan terus melabur di Hainan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna global.”

Konglomerat Thailand Charoen Pokphand (CP) Group juga bersemangat untuk memanfaatkan peluang pengembangan selanjutnya.

Xue Zengyi, seorang eksekutif China dari CP Group, berkata perniagaan kopi kumpulan itu akan mendapat manfaat daripada dasar sifar tarif FTP ke atas bahan mentah dan bahan tambahan, sekali gus mengurangkan kos import sebanyak 8 peratus dalam tarif dan 13 peratus dalam cukai nilai tambah bagi biji kopi hijau.

Xue berkata biji kopi yang diimport dari luar negara boleh memasuki tanah besar China tanpa tarif jika diproses di Hainan dengan sekurang‑kurangnya 30 peratus nilai tambah.

Menghubungkan China dengan pasaran global

Ambang 30 peratus merupakan satu lagi dasar penting yang diperkenalkan oleh Hainan Free Trade Port (FTP) dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dasar ini membolehkan syarikat memperoleh bahan mentah dari seluruh dunia, menambah nilai secara tempatan dan menjual produk siap ke pasaran tanah besar tanpa dikenakan tarif.

Hainan Weili Medical Technology, sebuah pembekal kateter utama di peringkat global, telah menikmati pengurangan tarif sejak awal tahun 2023 apabila ia menjadi perintis pertama Hainan dalam pemprosesan peranti perubatan dan operasi tambah nilai. Sebelum itu, syarikat ini memperoleh sebahagian besar bahan mentah dari Asia Tenggara.

He Yongshen, ketua syarikat tersebut, berkata sejak tahun 2023, mereka telah menjimatkan lebih daripada 4 juta yuan (kira-kira AS$567,920) dalam bentuk tarif dengan menjual produk tambah nilai ke pasaran tanah besar. Dengan pengurangan kos ini, syarikat berpeluang melabur lebih banyak dalam R&D dan pengembangan pasaran, tambah beliau.

Syarikat itu bukanlah satu‑satunya yang meraih manfaat daripada perubahan tersebut. Dasar keutamaan yang diperkenalkan telah menarik semakin ramai pelabur untuk melabur di Hainan. Sepanjang lima tahun lalu, pelaburan langsung asing di Hainan mencecah AS$9.78 bilion, berkembang pada kadar tahunan 97 peratus, dengan pelaburan dari 176 negara dan wilayah.

Feng Fei, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Hainan bagi Parti Komunis China, menyerlahkan kedudukan unik wilayah pulau itu. Ia berperanan menghubungkan pasaran domestik yang besar berjumlah 1.4 bilion orang dengan pasaran Asia Tenggara yang hampir mencecah 700 juta orang.

Seiring dengan pandangan Feng, Huang Hanquan, ketua Chinese Academy of Macroeconomic Research di bawah National Development and Reform Commission, berkata dasar‑dasar Hainan Free Trade Port (FTP) membantu mewujudkan laluan perdagangan baharu daripada bahan mentah Asia Tenggara melalui pemprosesan di Hainan sebelum pengedaran di tanah besar. Pulau itu sekali gus diposisikan sebagai hab yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa.

Pelancaran operasi khas kastam seluruh pulau menunjukkan komitmen China terhadap keterbukaan bertaraf tinggi. Langkah ini turut merangsang ekonomi domestik serta pertumbuhan global, tambah Huang.

https://news.cgtn.com/news/2025-12-18/China-launches-island-wide-special-customs-operations-in-Hainan-FTP-1Jc62vV8qJ2/p.html

Hubungi: Jiang Simin cgtn@cgtn.com

SUMBER: China Global Television Network Corporation

--BERNAMA

Thursday, December 18, 2025

Learning Tree International Melancarkan AI Workforce Solutions untuk Memperkasa Organisasi dan Agensi Kerajaan bagi Memanfaatkan Sepenuhnya Faedah AI dalam Era Digital

HERNDON, Va., 15 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Learning Tree International, penyedia utama penyelesaian latihan teknologi, hari ini mengumumkan pelancaran AI Workforce Solutions, satu program komprehensif yang direka untuk membantu organisasi agar berjaya mengharungi revolusi kecerdasan buatan (AI). AI Maturity Framework syarikat ini menawarkan penyelesaian latihan yang disasarkan dan disesuaikan dengan keperluan organisasi tertentu.

Program modular baharu ini dibangunkan berasaskan sebuah three-tier AI Maturity Framework perintis yang menyokong organisasi pada setiap peringkat integrasi AI: AI ReadinessAI Enablement dan AI Adoption.

· AI Readiness membangunkan pengetahuan asas dan keyakinan dalam konsep AI. 

· AI Enablement menekankan penerapan alat dan amalan AI secara langsung dalam kerja harian, disokong oleh reka bentuk program modular yang boleh diskalakan merentasi unit perniagaan. 

· AI Adoption memastikan AI diintegrasikan secara menyeluruh, menjadi bahagian yang dipercayai dan bersepadu dalam sistem, aliran kerja serta proses membuat keputusan. 

“Sebagai peneraju penyelesaian tenaga kerja, Learning Tree sedang membantu organisasi menjadikan gangguan AI sebagai peluang baharu,” jelas David Brown, Ketua Pegawai Eksekutif Learning Tree International. “Kecerdasan Buatan sedang mentakrif semula cara kami belajar, bekerja, serta memimpin—dan masa depan menjadi milik mereka yang mempersiapkan tenaga kerja mereka mulai sekarang. Misi kami adalah untuk membangunkan tenaga kerja yang bersedia untuk AI serta mampu memacu inovasi, ketahanan dan pertumbuhan mampan.”

Penyelesaian AI Workforce Solutions oleh Learning Tree melangkaui pasukan IT dan sains data, merangkumi pengguna perniagaan, pengurus projek, pemimpin sumber manusia, profesional kewangan serta eksekutif yang semakin bergantung kepada AI dalam pembuatan keputusan harian mereka. Program ini direka untuk menyatukan kepakaran teknikal dengan peranan strategik perniagaan bagi memastikan nilai AI dapat direalisasikan di seluruh perusahaan. Program ini menggabungkan kemahiran teknikal dengan keperluan strategik perniagaan, memastikan AI memberikan impak yang boleh diukur merentasi perusahaan.

Kandungan kurikulum diselaraskan dengan kes penggunaan sebenar, seperti automasi khidmat pelanggan, pengoptimuman sumber manusia, peningkatan analisis data, pengurusan rantaian bekalan, pemantauan pematuhan dan pemperibadian pemasaran. Latihan turut merangkumi platform dan alat AI yang digunakan secara meluas, termasuk Microsoft Copilot, ChatGPT milik OpenAI serta Google Gemini, bagi mempersiapkan pelajar untuk mengaplikasikan penyelesaian ini secara berkesan dalam konteks tempat kerja.

Menyedari peranan strategik kepimpinan dalam transformasi digital, Learning Tree telah memperkenalkan AI Leadership Program untuk mempersiapkan eksekutif dan pengurus membimbing organisasi mereka secara bertanggungjawab dalam penerimaan AI. Selain itu, Learning Tree terus memperkukuh portfolio latihan pematuhannya dengan penawaran baharu seperti CMMC Auditing course dan AAIA (Advanced Audit in AI), AAISM (Advanced AI in Security Management) bagi memenuhi piawaian peraturan dan keselamatan siber yang sentiasa berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Artificial Intelligence Training and Talent Solutions | Learning Tree atau hubungi Inquiries@Learningtree.com

Perihal Learning Tree International:
Selama lebih 50 tahun, Learning Tree International telah menjadi rakan yang dipercayai dalam transformasi tenaga kerja, menyediakan latihan dalam bidang AI, kemahiran teknikal, kepimpinan, keselamatan siber dan banyak lagi. Disokong oleh tenaga pengajar pakar dan kandungan dunia sebenar, Learning Tree membantu individu dan organisasi membangunkan keupayaan yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran kerja yang dinamik masa kini. 

Hubungan Media:
Learning Tree International
E-mel: press@learningtree.com
Laman Web: https://www.learningtree.com/ 

SUMBER: Learning Tree International USA, Inc

--BERNAMA 

Wednesday, December 17, 2025

Alpen SNOWLAND BIBAI, Satu daripada Taman Permainan Salji Terbesar di Jepun, Membuka Sesi Musim Sejuk 2025-2026 pada 6 Disember

BIBAI dan NAGOYA, Jepun, 17 Dis., 2025 /Kyodo JBN/ --

Alpen Co., Ltd. telah memulakan operasi untuk musim sejuk 2025-2026 di kemudahan aktiviti musim sejuk mereka, Alpen SNOWLAND BIBAI, yang terletak di Hokkaido, pada 6 Disember, 2025. Terletak di sebuah kawasan seluas 1.25 juta meter persegi yang beroperasi sebagai sebuah padang golf 27 lubang semasa musim panas, Alpen SNOWLAND BIBAI menawarkan pelbagai aktiviti salji yang direka untuk keluarga, pengunjung yang merasai salji buat kali pertama dan pencinta pengembaraan. Pengunjung boleh menikmati satu pengalaman musim sejuk yang tidak dapat dilupakan, yang unik di landskap Hokkaido yang luas.

Imej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108935/202512100765/_prw_PI1fl_UDESJN0Z.jpg

- Pengalaman Belon Udara Panas: Detik Musim Sejuk Sekali Seumur Hidup

Terbang perlahan-lahan di atas landskap bersalji Hokkaido sambil menikmati pemandangan panorama pergunungan Bibai yang menakjubkan -- satu pengalaman yang hanya boleh dinikmati dalam keadaan cuaca yang ideal. Pemandangan luas dari belon menawarkan satu perspektif yang unik dan ketenangan yang sukar untuk dilupakan.

Imej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108935/202512100765/_prw_PI2fl_q35kkRtR.jpg

- Pengembaraan Hoverkraf -- Pengalaman yang Jarang Diperolehi Yang Membolehkan Pengunjung Meluncur Dengan Mudah Di Atas Salji

Sebuah hoverkraf terapung di atas kusyen udara, yang membolehkannya bergerak dengan lancar di atas salji, air atau rumput tanpa mengira bentuk rupa bumi. Jarang ditemui di Jepun, Alpen SNOWLAND BIBAI dengan bangganya menawarkan pengalaman unik ini -- satu-satunya kemudahan riadah di negara ini yang menyediakan aktiviti itu.

Imej 3:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108935/202512100765/_prw_PI5fl_7Rd0dA6l.png

- Lebih Daripada 10 Aktiviti Salji yang Menarik untuk Dipilih

Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan aktiviti salji termasuk kereta salji, rakit redang jeram salji, kereta salji mini yang boleh dipandu oleh kanak-kanak dan bugi empat roda. Kemudahan itu menawarkan pengalaman daripada keseronokan yang mesra keluarga sehingga kepada tunggangan yang lebih mendebarkan.

Imej 4:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108935/202512100765/_prw_PI3fl_5L1c5Pz3.png

- Menginap di Kabin Baharu yang Dibina di Lokasi

Kabin-kabin ZEN Hokkaido, penginapan serba baharu, kini dibuka di Alpen SNOWLAND BIBAI. Setiap kabin yang berdiri sendiri boleh ditempah secara peribadi untuk sehingga tiga orang tetamu, yang membolehkan pengunjung menyelami keindahan semula jadi Hokkaido dalam suasana yang benar-benar peribadi.

Imej 5:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108935/202512100765/_prw_PI7fl_b7u90v5g.png

-Kemudahan Akses  yang Amat Baik

Alpen SNOWLAND BIBAI terletak di lokasi yang strategik, hanya 1 jam 30 minit dengan kereta dari Lapangan Terbang New Chitose dan kira-kira 2 jam 10 minit dari Lapangan Terbang Asahikawa. Dari Stesen JR Sapporo, kereta api ekspres terhad itu hanya mengambil masa 35 minit untuk tiba di Stesen Bibai.

- Tempahan

Sila buat tempahan melalui laman web rasmi. Masukkan kod promosi "Filipina" atau "Malaysia" semasa membuat tempahan untuk menikmati diskaun 5%.

Laman web rasmi: https://www.alpen-group.net/bibai_snowland
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/alpen_snowland_bibai/

Gambaran Keseluruhan: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202512100765-O1-t3tkzckK.pdf

Sumber:  Alpen Co., Ltd.

--BERNAMA

Saturday, December 13, 2025

Bodor Laser Menyediakan Penyelesaian Pemotongan Profil Serba Lengkap untuk Fabrikasi Keluli Struktur

JINAN, China, 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perbelanjaan infrastruktur persekutuan dan pelaburan modal sektor swasta sedang mendorong pertumbuhan baharu dalam industri keluli struktur di Amerika Utara. Penyelesaian pemprosesan profil bersepadu Bodor Laser — U3000 dan Hicut Fiber Laser Cutter — meningkatkan kecekapan dan ketepatan fabrikasi bagi pengeluar di seluruh rantau tersebut.

Aliran kerja konvensional bagi rasuk-I dan rasuk-H adalah kompleks serta mudah terdedah kepada kesilapan kedudukan, terutamanya apabila melibatkan corak yang rumit. Penyelesaian Bodor menyatukan proses pembuatan lubang, pemotongan serong (beveling), takikan (notching), penandaan dan pemotongan ke dalam satu kitaran automatik yang menyokong pemotongan, pemuatan dan pemunggahan secara berterusan. Dengan integrasi Tekla® dan Intelligent Deviation-Correction Positioning, sistem ini mampu menghasilkan semula butiran reka bentuk dengan ketepatan tinggi, sekali gus memastikan pemasangan di tapak berjalan lancar.

1. U3000 Mesin Pemotongan Laser Fiber Multi-tugas Profesional

U3000 mampu memproses profil, kepingan dan tiub dalam satu mesin tunggal. Dengan panjang pemprosesan maksimum 110.24 inci, pelbagai meja kerja boleh ditambah untuk memastikan pemuatan, pemotongan dan pemunggahan berterusan tanpa gangguan.

Fungsi utama:

· Pemotongan profil untuk keluli struktur piawai dan tidak teratur
· Pemotongan kepingan untuk pembuatan lubang, potongan lurus dan potongan serong
· Pemotongan tiub untuk pembuatan lubang, pemotongan serong, persilangan dan potongan tembus
· Tapak keluli pilihan bagi pemasangan yang fleksibel 

2. Hicut Mesin Pemotong Laser Fiber Profil Profesional

Direka untuk fabrikasi automatik rasuk-I dan rasuk-H, Hicut mengintegrasikan proses pemuatan, pembuatan lubang, takikan, pemotongan serong, pemotongan dan pemunggahan tanpa campur tangan manual.

Sorotan:

· Pemuatan pantas (<20 saat) dengan zon pintar yang mengelompokkan bahan kerja mengikut panjang secara automatik
· Takikan kunci satu lalu dengan jarak optimum; tidak memerlukan sebarang proses pengisaran sekunder
· Pautan lima paksi dan pergerakan kepala laser berulang 180° membolehkan pemotongan sudut penuh berketepatan tinggi
 
Kedua-dua mesin digunakan secara meluas oleh pengeluar keluli struktur di seluruh Amerika Utara untuk aplikasi infrastruktur, jentera dan pembinaan kapal. Prestasi mereka serta perkhidmatan yang cekap dan responsif telah menerima pengiktirafan kukuh daripada pelanggan.

Sehingga tahun 2024, Bodor telah menerajui jualan global mesin pemotongan laser fiber selama enam tahun berturut-turut (Shenzhen Forward Research Institute, Sales Records of Laser Cutting Machines with 1000W and Above from 2019 to 2024, Consecutively for Six Years). Komponen terasnya—Bodor Laser (sumber laser), Bodor Thinker (sistem kawalan) dan Bodor Genius (kepala pemotong)—dilindungi jaminan lima tahun. Di Amerika Utara, Bodor terus memperluas pasukan perkhidmatannya dan memperkukuh inventori alat ganti tempatan bagi menyokong pengeluar. Seorang wakil Bodor menyatakan bahawa syarikat akan terus memajukan teknologi pemprosesan laser sambil mengukuhkan rangkaian perkhidmatannya bagi memenuhi permintaan serantau dengan lebih baik.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cdf1fdf3-f7ec-49cd-911f-1801ed481025

Maklumat Hubungan
Dennis Wang
info@bodor.com
Bodor Laser Inc.
www.bodor.com 

SUMBER: Bodor Laser Inc.

--BERNAMA

Satu Bintang Baharu Bersinar dalam Edisi Kedua MICHELIN Guide Doha

· Sebuah restoran dinaikkan taraf kepada One MICHELIN Star, manakala dua lagi mengekalkan status berprestij masing-masing

· Doha kini bersinar dengan lapan restoran Bib Gourmand selepas empat pengiktirafan baharu diumumkan dalam Edisi Kedua MICHELIN Guide
· Sebanyak 44 restoran disenaraikan dalam pemilihan MICHELIN Guide Doha 2026
 
DOHA, Qatar, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Pentas kulinari Doha kembali menyerlah apabila MICHELIN Guide mempersembahkan edisi 2026, edisi kedua selepas pelancaran sulungnya tahun lalu di St. Regis Doha. Pemilihan tahun ini meraikan identiti gastronomi Doha yang semakin berkembang, dengan sembilan daripada 12 restoran baharu tersenarai dalam kategori terpilih. Sebanyak lapan restoran diraikan dengan Bib Gourmand kerana nilai yang luar biasa, sementara tiga lagi dianugerahkan One MICHELIN Star.

“Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide, berkata: “Pemilihan MICHELIN Guide Doha 2026 mencerminkan evolusi luar biasa dunia kulinari di bandar yang dinamik ini. Doha bukan sekadar pusat kebudayaan, tetapi juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi gastronomi bagi penggemar makanan yang mengidamkan pengalaman istimewa. Penambahan pengiktirafan Bib Gourmand baharu serta kesinambungan restoran dengan One MICHELIN Star menonjolkan komitmen Doha terhadap kualiti, kreativiti dan inovasi. Seiring dengan landskap gastronomi terus berkembang, Doha tampil sebagai destinasi yang menjanjikan pengalaman santapan luar biasa dan masa depan kulinari yang lebih gemilang.”

One MICHELIN Star

Bintang MICHELIN dianugerahkan kepada restoran yang menawarkan masakan luar biasa, berdasarkan lima kriteria sejagat: kualiti bahan; keharmonian rasa; penguasaan teknik; personaliti chef yang terserlah melalui masakan mereka dan konsistensi keseluruhan menu sepanjang masa.

Alba Sebuah restoran Itali di Katara Towers yang terletak dalam di Raffles Doha yang mewah, telah dianugerahkan One MICHELIN Star tahun ini berkat kehebatan seni kulinari yang dipersembahkan oleh chef Cristhian Serraino. Hidangan istimewa seperti Barolo-braised veal cheek dan shrimp ragù spaghetti, digandingkan dengan bahan premium termasuk tuna Balfegó dari Eropah, benar-benar menghasilkan pengalaman kulinari pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Mengekalkan pengiktirafan MICHELIN Star adalah kemuncak penghormatan dalam dunia kulinari dan edisi 2026 menyaksikan dua restoran sekali lagi membuktikan keunggulan mereka. Jamavar dan IDAM by Alain Ducasse dengan bangga mengekalkan pengiktirafan mereka, sekali gus menegaskan lagi keunggulan serta komitmen terhadap pengalaman santapan yang luar biasa.

Empat Bib Gourmand baharu

Anugerah Bib Gourmand menyerlahkan restoran dalam pemilihan yang menawarkan makanan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Fenyal Kafe mesra di Gewan Island ini menjadi kegemaran penduduk tempatan, menyajikan cita rasa Timur Tengah yang penuh cita rasa dengan harga yang berpatutan — daripada falafel dan lamb kofta hinggalah kopi Arab yang beraroma.

Mila Terletak di tingkat pertama Rosewood Doha, destinasi mesra ini menawarkan hidangan perkongsian Mediterranean dan Levantine oleh Chef Marc pada nilai yang hebat.

Berenjak Al Maha Keanggunan Parsi bertemu pesona pulau dengan sajian rebusan yang mengenyangkan, roti segar serta kebab yang dipanggang di atas bara — semuanya pada harga berpatutan.

Baron Restoran adik kepada ikon kulinari Beirut ini menampilkan menu fusion Mediterranean dengan hidangan perkongsian istimewa seperti crab capellini, menjadikannya pilihan dengan nilai hebat untuk santapan tengah hari perniagaan.

Isaan, Argan, Jiwan serta Hoppers terus mengekalkan pengiktirafan mereka pada tahun ini.

Sembilan restoran baharu dimasukkan dalam pemilihan Panduan tahun ini

Em Sherif Destinasi Lebanon yang popular di Al Maha Island ini menawarkan ruang dalaman elegan serta teres dengan pemandangan bandar yang menakjubkan.

Carbone Doha Di Al Maha Island, cawangan meriah restoran ikonik New York ini menawarkan hidangan klasik termasuk spicy rigatoni, stik dan lamb chop.

Koo Madame Destinasi mewah di Rosewood Doha ini memikat dengan suasana bergaya gelap, dim sum halus, mi tarik tangan serta Beijing Duck ikonik yang dipotong di meja tetamu.

Shanghai Me Doha Restoran intim di pusat bandar ini menggabungkan rasa Cina dan Jepun dalam suasana mewah ala 1930‑an. Sorotan menu merangkumi silver cod with yuzu miso, short rib gyoza dan koktel bertema zodiak.

Hunters Room & Grill Patung rusa bertanduk di Westin Doha menjadi penanda ke restoran ini yang menawarkan stik premium Australia dan cita rasa yang menonjol. Sea bass aguachile mereka merupakan pilihan yang patut dicuba.

Salt Road Di Andaz Doha, restoran ini meraikan masakan Afrika Selatan dengan cured brisket, Josper-roasted mushroom dan stik yang menyerlah.

Loris Bertempat di The Pearl, restoran ini menampilkan suasana mewah dengan hidangan autentik Lebanon untuk dikongsi, termasuk hummus halus dan cherry kebab.

Mr & Mrs Hawker Menghidupkan semula budaya penjaja makanan Singapura dengan hidangan penuh warna seperti chili crabs dan mango sago pudding.

yÅ«n Restoran Cina yang mewah ini menggabungkan pemandangan panorama dengan hidangan klasik Kantonis. Nikmati pengalaman kulinari bermula dengan dim sum, diakhiri dengan itik panggang ikonik yang disajikan dalam dua gaya berbeza.

Anugerah Khas MICHELIN Guide

Menerusi Anugerah Khasnya, MICHELIN Guide menonjolkan pelbagai sumbangan dalam dunia hospitaliti, sambil memberi penghormatan kepada individu paling berbakat dan bersemangat dalam industri ini.

MICHELIN Guide telah menganugerahkan Young Chef Award kepada Chef Cristhian Serraino dari Alba, seorang bakat muda yang menyerlah hasil pengalaman di dapur Eropah bertaraf dunia. Hidangan beliau kreatif, seimbang dengan sempurna dan kaya dengan rasa.

MICHELIN Guide Opening of the Year Award dianugerahkan kepada Koo Madame, restoran elegan yang menampilkan pesona Shanghai 1920-an serta pengalaman kulinari tersendiri. Para tetamu dimanjakan oleh kakitangan yang prihatin dan tulus, menjadikan setiap kunjungan terasa istimewa.

Shanghai Me Doha menerima MICHELIN Guide Service Award apabila inspektor MICHELIN mendapati pasukan ini begitu profesional, mesra dan sangat prihatin – memberikan layanan yang benar‑benar luar biasa. Mereka berinteraksi secara mesra dengan tetamu, sering mengesyorkan hidangan kegemaran, sekali gus menambah sentuhan peribadi dan mesra.

yÅ«n diiktiraf dengan MICHELIN Guide Exceptional Cocktail/Mocktail Award. Terletak di tingkat 44 Waldorf Astoria Doha, restoran Kantonis elegan ini menawarkan pemandangan mempesona yang digabungkan dengan kreativiti kulinari. Mocktail berasaskan teh yang istimewa ini dihasilkan dengan penuh seni, kompleks dalam rasa serta dipersembahkan dengan indah.

Perihal Michelin:

Michelin sedang membangunkan pengeluar yang terkemuka di dunia dalam komposit yang mengubah kehidupan dan pengalaman. Michelin, yang telah mempelopori bahan kejuruteraan selama lebih 130 tahun, kini berada pada kedudukan unik untuk menyumbang secara signifikan kepada kemajuan manusia dan dunia yang lebih lestari. Berdasarkan kepakaran mendalam dalam komposit polimer, Michelin sentiasa berinovasi untuk menghasilkan tayar berkualiti tinggi dan komponen bagi aplikasi kritikal dalam bidang mencabar seperti mobiliti, pembinaan, aeronautik, tenaga rendah karbon serta penjagaan kesihatan. Perhatian teliti terhadap produknya serta pemahaman mendalam tentang pelanggan terus menginspirasi Michelin untuk menawarkan pengalaman terbaik. Ini merangkumi penyediaan penyelesaian berhubung berasaskan data dan AI untuk armada profesional hingga kepada cadangan restoran serta hotel unggul yang dikurasi oleh MICHELIN Guide. Beribu pejabat di Clermont-Ferrand, Perancis, Michelin kini beroperasi di 175 negara dan mempunyai 129,800 pekerja. (www.michelin.com).

Ikuti semua berita kami di X @Michelin

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0d5646d6-b18d-491b-94b7-7f4188a0fa6b
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/852275fb-fed3-4fb3-a819-3e59c6fde746

Hubungan Akhbar:
BPG Group
michelinguide@bpggroup.com 

SUMBER: Michelin AIM FZCO

--BERNAMA 

Thursday, December 11, 2025

ChemOne Group Mengumumkan Pelantikan Bekas Menteri dan Duta Malaysia, Dato’ Sri Nazri Aziz, sebagai Ahli Lembaga dan Penasihat Kumpulan Pengerang Energy Complex

 

SINGAPURA, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ChemOne Group (“ChemOne”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai, Ahli Lembaga Pengerang Energy Complex Sdn Bhd (“PEC”) dan Penasihat Kumpulan, sekali gus memperkukuh keupayaan kepimpinan serta hala tuju strategik ChemOne.

Dato’ Sri Nazri, seorang negarawan terkemuka Malaysia, pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memegang beberapa portfolio nasional penting dan baru‑baru ini sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Pengalaman luas beliau dalam hubungan antarabangsa, urusan kerajaan Malaysia dan pembangunan ekonomi strategik akan menjadi aset penting dalam menyokong kemajuan PEC ke fasa seterusnya.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Dato’ Sri Nazri ke Lembaga PEC dan ke keluarga besar ChemOne,” kata Alwyn Boden, Ketua Pegawai Eksekutif Pengerang Energy Complex. “Gabungan unik beliau dalam khidmat awam, pengalaman diplomatik serta cerapan mendalam terhadap landskap pelaburan Malaysia akan menyokong usaha kami untuk meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan, mempercepatkan penyampaian projek dan mengukuhkan komitmen jangka panjang kami terhadap Pengerang serta rantau ini.”

Pelantikan Dato’ Sri Nazri berlaku pada waktu yang penting bagi PEC, ketika ChemOne sedang melangkah ke fasa seterusnya dalam pembangunan projek dan penglibatan pihak berkepentingan. Penglibatan beliau menekankan komitmen berterusan PEC dan ChemOne terhadap ketelusan, kerjasama dengan pihak berkepentingan di Malaysia, serta penyampaian projek bertaraf dunia yang menyokong pembangunan industri negara.

“Saya berbesar hati untuk menyokong PEC dan ChemOne dalam usaha penting ini,” kata Dato’ Sri Nazri. “Pengerang Energy Complex mempunyai potensi untuk memainkan peranan transformasi dalam landskap industri dan ekonomi Malaysia dan saya menantikan peluang untuk membantu memajukan pembangunan strategik ini.”

Dalam kapasiti baharunya, Dato’ Sri Nazri akan memberikan panduan strategik kepada ChemOne mengenai isu khusus Malaysia serta memimpin penglibatan pihak berkepentingan, bagi memastikan pembangunan PEC berjalan dengan cekap dan menepati jadual.

Perihal Pengerang Energy Complex

Pengerang Energy Complex (“PEC”) bakal menjadi salah satu fasiliti pemisah kondensat dan aromatik bersepadu terbesar serta paling berdaya saing di dunia. Terletak di dalam Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) di Johor, ia mendapat manfaat daripada kedudukannya yang berhampiran dengan hab perdagangan utama serta pelabuhan air dalam. Direka bentuk untuk memproses 150,000 tong kondensat dan nafta suapan tambahan setiap hari, PEC akan menghasilkan 2.7 juta tan metrik setahun aromatik, 4.0 juta tan metrik setahun produk petroleum serta hidrogen bagi menyokong pembangunan bahan api boleh diperbaharui.

Projek bernilai AS$5.3 bilion ini menampilkan automasi canggih dan reka bentuk cekap tenaga bagi mengurangkan pelepasan serta keperluan peralatan. PEC dibangunkan secara induk oleh ChemOne Group, peneraju tenaga dan petrokimia yang berpusat di Singapura dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman industri.

Perihal ChemOne Group

ChemOne Group ialah pemaju projek tenaga dan petrokimia terkemuka yang berpusat di Singapura, dengan fokus kepada penyampaian fasiliti bertaraf dunia yang lestari dari segi alam sekitar dan ekonomi. Dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman terbukti, Kumpulan ini telah membangun dan mengendalikan pelbagai loji kimia perantaraan dan khusus di seluruh Asia Tenggara.

Selain membangunkan Pengerang Energy Complex (www.pengerangenergy.com) di Malaysia, ChemOne turut memajukan beberapa projek berskala besar lain merentasi pelbagai sektor dan lokasi di Asia. Kumpulan ini mengekalkan operasi di Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan China.


Untuk pertanyaan media, sila hubungi Pasukan Komunikasi ChemOne Group:

Kokila Sundram
M: +65 9170 0507
E: kokila.sundram@chemoneholdings.com

Zoe Shi
M: +65 9892 5881
E: yi.shi@chemoneholdings.com

SUMBER: ChemOne Holdings Pte Ltd